SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

17 September 2015

DAH LAMA KAN...




Dah lama kan aku tak menulis di sini...

Sudah hampir sebulan aku ditinggalkan isteri, jangan salah faham, isteriku terpaksa meninggalkan aku dengan keizinanku sendiri. Ibu mertuaku mengalami sedikit kecederaan di jari kaki beliau menyebabkan ia perlu dibalut. Dengan rasa rela hati aku membenarkan isteriku pulang dengan aku sendiri yang menghantarnya supaya dia dapat menjaga ibu mertuaku. Dan aku, merasakan kehidupan tanpa isteri di sisi seakan tempang sebelah kaki untuk berdiri...

Adakalanya aku merasakan yang aku sudah tidak berlaku adil kepada ibuku sendiri. Sejak berkahwin, boleh dikira berapa kali aku pulang ke Gurun malah aku lebih kerap pulang ke Kuala Kangsar. Memanglah jika diikutkan jarak dari Kota Damansara ke Kuala Kangsar hanya sekitar 2 hingga 3 jam berbanding ke Gurun yang mengambil masa 6 jam, tapi itu dulu, sewaktu usiaku masih di angka 20an aku amat kuat untuk memandu hatta sejauh manapun, namun ketika usia yang semakin menginjak ke 40 aku tidak lagi mampu memandu dalam jangka masa yang lama. Aku harap mak baik baik saja walaupun aku jarang pulang ke Gurun. Mujur ada Ozair & Ijai yang menemani Mak. Untuk sambutan hari raya aidil adha minggu hadapan, untuk kesekian kalinya aku tidak pulang ke Gurun kerana aku bekerja dan aku hanya berpeluang untuk pulang ke Kuala Kangsar 3 hari selepas aidil adha, cadangannya untuk mengambil semula isteriku setelah dia mengkhabarkan keadaan ibu mertuaku yang semakin pulih. 

Tiada komen tentang Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September iaitu semalam, aku hanya bermalas - malasan di rumah. Sesekali menonton berita untuk melihat bagaimana perhimpunan berkenaan berlangsung. Untuk Melayu dan Islam itu bangkit mudah sahaja, penuhkan saf -saf di masjid dan surau setiap kali solat terlebih dahulu !!

Aku rasa aku perlu kembali menghidupkan blog ini. Aku berhutang sangat banyak kisah yang mahu aku tinggalkan di sini sebagai legasi. Teringat akan zaman kegemilangan ketika rajin berblog. Kenal orang itu dan ini, ada yang masih baik, ada yang masih berhubung, malah ada juga yang terus terputus hubungan dan ada juga yang terus putus sahabat. Tengoklah, esok lusa kalau berkesempatan akan aku menulis lagi...

Sabtu nanti aku bakal menghadri kelas asas bahasa mandarin. Mahu menambah skil dan membuka peluang untuk lebih maju di tahun 2016, in sya Allah...

Sekian.




Tiada ulasan: