SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

19 Januari 2016

BUNKFACE MENANG AJL 30 ?





Hi encik blog !

Minggu ini untuk 3 hari aku kena buat task A5, reformat archive clips dekat FCP dan copy ke DALET. Malas nak buat banyak - banyak sebab kapasiti HD aku dah nak full. Tak berapa nak rajin sangat nak buat kerja, mood swing sebab baru masuk kerja hari ni padahal sampai ofis awal kemain lepas tu blur tak tau nak buat apa. Dilema sama ada buat keje dulu, sarapan dulu, tengok emel dulu kot - kot kene carut atau layan FB baca update orang. Semalam emal boss nak mintak cuti Jumaat ni sebab kena balik Kedah, tau - tau boss reply bagitau memang aku off day Jumaat ni, biol la aku ni, selalunya hafal je roster keje, fenin...

Dekat lobi sana tengah diedarkan tiket AJL 30 untuk staf MPB, malas aku nak berbaris dan ambik, bukan aku pergi tengok pun dekat Stadium Melawati Shah Alam sana, kan aku kerja malam Ahad nanti. tadi Azlan bagitau sebab dibuat di Stadium Melawati adalah kerana Stadium Putra Bukit Jalil tengah renovate untuk Sea games akan datang. Kalau tahun lepas aku ambik jugak la tiket tu kerana mahukan kalendar dan tiket dua keping tu aku iklankan dalam blog untuk sesiapa yang berminat untuk ambil daripada aku tapi tahun ni aku malas nak berbaris semata - mata untuk tiket dua keping. Seperti sedia maklum, aku malas nak layan hiburan sangat sekarang ni, dah makin kurang minat, mungkin sebab faktor usia yang semakin menginjak ke 40-an. Klise sangat, entri sebelum ni dah cakap, berapa kali nak cakap entah, nampak sangat faktor usia kan...

Disebabkan HD aku tak berapa banyak isi yang tinggal, aku terpaksa transfer semaksima yang boleh isi - isi dalam HD tu ke thumbdrive dan PC ofis. Dalam pada itu sempat la aku terbaca draft entri - entri blog aku yang lama yang berselerak kedudukannya dalam HD. Bila baca balik, macam - macam perasaan singgah dan silih berganti, rasa geli hati, marah, sedih, rindu, sayang, malu, senang cakap macam - macam ado aku rasa bila aku baca balik entri lama. Nampak sangat betapa aku belum berapa nak matang masa berblog sebelum ni, berblog semata - mata nak meraih rating daripada pengunjung blog, berblog semata - mata untuk melepaskan rasa marah pada pihak tertentu, seolah - olah pada blog ni saja tempat untuk aku meluahkan segala apa yang berbuku di hati. Seriously, aku tak ada kawan rapat, kalau ada pun aku jenis tak reti nak berkongsi rasa hati aku sendiri, mungkin kurang percaya dan yakin pada orang lain. aku lebih selesa mengambil pendekatan untuk memendam di dalam hati daripada bercerita kepada orang lain kerana tak semua orang boleh menyimpan rahsia seperti mana yang pernah aku terkena sebelum ni. Cara terbaik, taip saja di blog ini dan aku tidak langsung memikirkan implikasi di belakang hari. Aku tahu ada banyak pihak yang terasa hati dengan entri - entri yang aku hasilkan. Maafkan aku, mungkin aku tak pandai mengungkapkan kata - kata daripada mulut aku sendiri, maka melalui blog inilah dirungkai segala - galanya yang terbuku di hati. Pada bini pun aku tak berapa nak berkongsi isi hati, pada aku lah masalah aku tak berapa nak heavy macam orang lain, so abaikan saja. Simpan saja sorang - sorang selagi mampu dan selagi dada tak meletup. Dengar saja apa bini punya masalah kalau dia bercerita, digest dan cari jalan penyelesaian bersama kalau diminta. 

Cuma aku kesian jugak kat bini, selalunya kalau aku kerja syif pagi lepas subuh saja aku dah pegi keje, balik pun dekat - dekat maghrib, lepas mandi solat makan bagai, dah rasa mengantuk lalu tertonggeng lah aku sekejap depan tv nak hilangkan rasa penat bekerja, nak - nak pulak asal balik je bini masak sedap - sedap lepas tu melahap tak ingat dunia, tak lama lepas tu mata mula rasa kelat - kelat lalu terbongkanglah aku. Mana tak gemoknya pun adoi. Kalau keje syif petang, kekadang 2 pagi baru sampai rumah, apa lagi, tidur selagi boleh tau - tau dah tengah hari, kesian bini melangut depan tv sorang - sorang. Memang selalulah aku abaikan si isteri sampai kadang kala nafkah batin pun aku terlepas tau - tau dia dah datang bulan bikin aku melepas dan kegersangan. Bini aku tu sangat - sangat penyabar orangnya tak tau nak habaq, sesekali bila aku naik suara sikit spontaneously bini aku terus bergenang air mata. Cengeng betoi la bini sapa tak tau. Kadang - kadang bila aku salah jalan pun aku marah bini, apa salah dia pun aku tak tau tetiba kena sound. Ni baru setahun kami kawin, dah macam - macam hal, tak tau la kalau dah ada anak nanti macam - macam boleh jadi. Noorul Hidayah, abang mohon maaf sangat - sangat, tolonglah buat abang bertenang kalau abang naik hantu, simbah air ke masak sedap - sedap ke ajak main ke, huhuu...

Tadi si Izwan tanya aku kene buat online exam PTD ke tidak? Aku khabarkan malam nanti sekitar pukul 8 malam, kalau rajin lah, aku kena menjawab soalan secara online untuk exam PTD. Ini kali kedualah aku buat online exam, rasa malas pun ada, sebab aku tak yakin dan tak pernah meletakkan harapan untuk menjadi PTD. Cuma takut kena blacklist sajalah kalau tak jawab exam. Dua tahun lepas pun dipanggil untuk interview PTD aku tak pergi, malas !! Bukan jenis aku lah nak pakai blazer tali leher bagai, kasut kulit bertali, macam - macam lagi lah. Dah malas nak meletakkan harapan untuk terjun ke sektor kerajaan. Sebelum ni ada aku buat satu entri pasal PTD dan entri itu adalah salah satu yang jadi rujukan orang, maaflah kalau aku bagi petunjuk yang salah dan itu hanya pendapat aku yang dah tak ada minat untuk join perkhidmatan awam... 

Tapi... dekat - dekat nak balik tadi, dapat satu call, nombor macam sebelah - sebelah Putrajaya sana. Aku jawab, aku tanya apa khabar... hahahaa.. gila ! Panggilan itu daripada MCMC, lebih specific daripada seorang wanita bersuara ayu, membuatkan aku menjadi lentok dah sememangnya aku mengantuk malam tadi susah bebenor nak lelap. Mula - mula aku cuak jugak kot - kot MCMC detect yang blog aku ni berunsurkan propaganda ke apa ke yang boleh dikenakan tindakan undang - undang. Katanya aku dijemput untuk menghadiri temuduga kerja di MCMC 27 Januari minggu depan. Erkkk !! Baru saja sebut tak mau kerja sektor kerajaan, tak mau pakai formal bagai, tiba - tiba dapat call suruh datang interview. Hah! Itulah, carut lagi kerajaan, tiba - tiba kena panggil interview, gila tak mau pergi maunya kena blacklist kalau tak attend. Nak - nak SKMM kot, hengat senang!! Bermakna, aku kena la leburkan sedikit duit untuk beli baju seluar kasut tali leher blazer semua serba baru sebab yang ada pun dah lusuh bebenor. Hmm...

So, malam ni punya online test PTD gimana sih?? Nak jawab ke tak?? Tengok lah kalau rajin, udah le lapaq dari tengah hari tak lunch, balik nak masak kambing golek bagai, lepas makan terbongkang depan tv, Azat... kau memang budak gemok !!

Bercakap pasal AJL walaupun aku malas nak ambik tau, kenapa aku rasa AJL 30 kali ini akan jadi milik Bunkface? Malam ini kita punya !!!