SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

20 Januari 2016

DIA MAI DAHHH...




Hi blog !!

And the story goes like this... Dah masuk entri ketiga dah ni untuk tahun 2016 walaupun agak dah ke tengah bulan Januari baru datang gatal jari - jariku sakit semua mau menaip. Aku bukan boleh mula, asal datang idea saja macam - macamlah nak ditaip segala luar dalam kain pun nak habaq dekat pakcik blog nih. Mesti pakcik blog tersipu - sipu malu kan, heheheee... Aku tak kisah sangat kalau - kalau ada orang lain selain aku baca blog aku nih, sengaja aku setkan Public kot - kot apa yg aku katakan di sini boleh memberi inspirasi pada orang lain (kalau ada), atau buat orang sakit hari, hahahaa... dan tujuan aku berblog adalah untuk orang kenal siapa aku yang memang sangat pendiam dan lambat mesra. Aku menaip untuk kepuasan diri aku sebab aku butuhkan sesuatu untuk berbual dan berkongsi rasa selain dengan manusia yang adakalanya bukan semua boleh pakai, kalau orang cakap aku biol sebab bercakap dengan PC itu hal aku lah apa kauorang sibuk asalkan aku tak buat siri bercakap dengan jin sudah... Top seller pulak nanti!!

Sesudah subuh tadi sempat aku buat toasted bread hampir setengah buku bungkusan Gardenia tu, bini balik kampung jadi nak makan apa - apapun sendiri bikin lor, menyesal pulak beli bungkusan panjang nafsu makan punya pasal lah ni nak makan dengan sardin la makan dengan sambal bilis la cicah dengan kuah kari mamak lah padahal bukan makan sangat kalau dah balik rumah tau nak membuta tak ingat dunia. Toasted bread yang aku bikin dengan kasih sayang ni boleh la dibuat makan - makan sambil buat keje, kalau tapau makanan di kantin dan makan di ofis pun balik - balik menu yang sama. Jemu dah tekak ni, tapi bersyukurlah jugak ada kantin yang teramat sangat dekat dengan ofis aku di ground floor nih berbanding company lain yang kantin jauh atau tak ada kantin langsung...

Semalam kan encik blog, ni nak habaq mai. Kan petang semalam aku bawak motor slow je kot bila nak dekat dengan jejantas depan blok Seroja Seksyen 6 tu, tau - tau ada seketoi batu kerikil besaq ibu jari entah dari mana muncul termasuk di celah fork motor, apa lagi... prakk, kecas kecus kecas kecuh kebabow !!! Terpaksalah aku berhenti kejap tepi jalan nak - nak time tu la kereta nak jam di situ mesti ramai orang bersimpati kepadaku kan huhuuu... Tengok - tengok kabel brek putus sampai tertarik ke bawah. Adoyai... bala apa pulak la nih, mesti sebab aku tak bagi sedekah kat budak cina yang claim dia datang dari rumah kebajikan, time aku nak isi minyak dalam tangki motor time tu la dia nak mintak derma.  Aku cepat - cepat bertindak, gerak la pelan - pelan pergi bengkel motor, mujur tak jauh tapi ikut jalan jauh huhuu... Mamat india yang fasih cakap Melayu tu bagitau fork motor aku berlubang dan boleh patah anytime kalau terhentak dekat lubang di jalan. Aku tak fikir panjang sebab dah nak Maghrib pun aku tanya dia berapa Ringgit nak tukar semua dia panggil tokey buat kira - kira, RM244, pergh !!!! Dah la tengah bulan, tengah sesak pulak jadi macam ni, esok malam nak balik KK lepas tu ke Gurun, adoiii tang mana nak korek duit ni huwaaa... 

Mau tak mau kenalah buat jugak, esok aku nak pergi keje dengan apa pulak kalau tak repair, bertuah la aku nak drive kereta pagi - pagi subuh ke ofis. Memang tak laaa... Sambil lepak dekat bengkel motor menunggu aney tu repair motor jenama Kriss kesayangan aku yang dah 15 tahun mencurahkan jasa dan bakti yang dah berpuluh kali memboncengkan awek tiba - tiba datang van Metrowealth, turun la mamat - mamat gamaknya diaorang nih krew filem kot dok tinjau - tinjau bengkel motor dekat Seksyen 4 Kota Damansara tu sambil snap gambaq pakai fon. Mungkin dioarang tengah survey lokasi untuk shooting filem baru kot, agak la. Aku ingatkan time - time tu la dorang nak shoot, mana tau terselit muka aku kat dalam filem baru si David Teo yang bakal diorang shoot tu dapat la bangga diri cakap kat orang aku berlakon hatta extra sekali pun hahaha... Tapi tak lama lepas tu diaorang blah, padan muka aku !!

Ok siaran tergendala sebentar, terpaksa transfer archive clips yang dah full dalam HD, kasi copy masuk dalam Dalet, ok jom sambung menaip. 

Motor aku siap dibaiki pukul 8 malam lebih kurang, terbang la RM244 kot la tokey tu nak bagi diskaun, haptuihhh, lapaq tali usus la tak tau nak habaq, nak makan kat kedai buang masa, aku tapau nasik campoq lauk ayam masak madu dekat mamak, balik mandi dan makan dengan gelojoh sekali macam tak jumpa nasik 18 bulan hahaa... 

Aku ingat dan la sampai rumah dalam pukul 830 malam untuk aku jawab exam online PTD tu, memang tak la aku nak menjawab, penat, mendaki naik ke rumah di tingkat lima yang aku tak pernah nak kira pun berapa jumlah anak tangganya dah cukup memenatkan, masuk rumah saja dah tak boleh nak fikir apa - apa. Lepas melahap macam kebulur tak makan sebulan, then lepak depan PC layan Facebook dan update entri semalam mata akupun pelan - pelan jadi kuyu, katup PC lampu semua, langkahku longlai menuju kamar dan merebahkan diri di tilam vonoooo... maka bantalku itu kudakap rakus penuh ghairah lalu berlayarlah aku di alam fantasi...
Sementara aku copy clips yang aku reformat dekat FCP tadi ke Dalet, mulut tengah enak mengunyah roti dan tangan kanan memegang toasted bread bekalan yang aku sendiri bikin, aku sempat layan Cinta Si Wedding Planner episod semalam, kan petang semalam time drama tu bersiaran aku dekat bengkel motor. Kesian pulak aku tengok si Bazli, kerana terpaksa aku relakan sangat. Sepatutnya pada pandangan akulah, hero dan heroin yang sesuai untuk lead drama tu mungkin si Azli Khairi dengan si Zara apa kenama entah yang sama - sama pernah berlakon dalam drama Mr. Arrogant tu, takpun si Amar Baharin dengan si Izreen Azminda, gandingan si Mira Filzah dengan si Adiputra nampak macam tak berapa kena. Tak mau la mencarut nanti depa saman aku pulak. Dah lama kan tak tengok lakonan si Izara Aishah, last drama lakonan dia apa tajuk entah yang dia muda remaja sepanjang zaman yang kahwin sampai 99 lelaki tu. Then, aku layan drama Aku Pilih Kamu episod final semalam, cuma aku tak boleh nak tengok si Dayana Roza sangat sebab aku teringatkan bini aku yang jauh di mata, muka diaorang lebih kurang tapi si Dayana Roza tembam sikit. Tiba - tiba rasa rindu yang membara dan berapi pada bini nan seorang itu. Siap la nanti... Ok sambung kerja kejap nanti free mengetuk keyboard lagi ye...

Tengah - tengah proseskan reformat archive clips ni aku tertengok teledrama lakonan si Aleeza Shadan, tahun 2001 kot drama nih, time ni si Aleeza Shadan muda remaja lagi, bila tengok je muka dia aku teringat siapa tau? Si Nadia Brian pelakon baru drama Akulah Balqis tu. Tak la sama sangat tapi iras - iras satu sama lain. Diaorang berdua ada kena mengenakah? Di Google pun ada orang cakap macam apa yang aku cakap ni. Sesuailah nanti dorang berlakon jadi anak beranak kan...

Esok petang lepas kerja kena paksa diri terus drive balik ke Kuala Kangsar, mungkin sampai tengah malam. Kena simpan barang siap -siap barang - barang dalam kereta mana yang perlu untuk dibawa balik, malas nak turun naik tangga lima tingkat macam nak tercabut lutut. Lewat pagi Jumaat kena gerak balik ke Gurun untuk buat persiapan pertunangan si Ijai. Tak sampai hati pulak aku tak balik. Lepas majlis pertunangan si Ijai kena bergegas balik Kota Damansara sebab aku kerja syif tengah hari Ahad nih. Untuk beberapa hari aku tak dapat update blog nih, harap - harap tak hilang terus mood aku untuk menaip, manalah tau kan dah jumpa bini sedap main sampai lupa pulak dekat si blog ni, opssss.....

Makin panjang pulak entri aku kali ni... 

Okbai !