SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

31 Januari 2016

INTERVIEW DI SKMM & KERETA HILANG...





Sebelum habis bulan Januari 2016 ni aku nak update satu entri...

1. Rabu lepas aku buat cuti sendiri
2. Sebabnya aku perlu hadiri interview jawatan assistant director, Knowledge management & resource centre di SKMM Cyberjaya
3. Awal aku sampai Cyberjaya, sebab aku tak pernah sampai SKMM tu, dah Google map pun
4. Aku sampai situ dalam pukul 7 pagi lebih, lepak mapley pekena roti canai dan teh o
5. Aku parking kereta depan kondo sebelah SKMM tu
6. 4 orang saja datang interview, dua perempuan dua lelaki termasuk aku, tapi aku yang over sebab aku sorang saja pakai blazer tali leher bagai dah rupa CEO
7. Aku yang paling last dipanggil masuk untuk interview
8. Sebelum tu dalam bilik menunggu kena buat esei BI pasal tugas kita yang paling mencabar kita dan masalah yang kita hadapi ketika buat tugasan tu dan macam mana aku cope dengan cabaran tu
9. Selain itu ada test objektif matematik - aku tembak je malas nak mengira
10. During the interview session aku ditanya soalan biasa - biasa saja - in english 
11. Dan soalan yang paling mencabar perlu aku jawab - sanggupkah aku terima jawatan tu walaupun kontrak?
12. 11.45 am aku settle dengan interview
13. Turun ke bawah dari tower 1 SKMM tu menuju ke kereta
14. Tiba - tiba... kereta aku tak ada !!!

OK KERETA AKU HILANG !!!

15. Sah, kereta aku kena tow dengan majlis perbandaran Sepang sebab aku suka hati saja main parking macam jalan tu bapak aku yang punya
16. Mujur ada teksi tunggu dekat - dekat situ, mintak dia hantar pergi ke depoh majlis perbandaran Sepang tak jauh dari situ, terbang RM10 untuk tambang padahal kemain dekat
16. Aku berurusan dengan orang MPS untuk ambik balik kereta aku - Kena bayar kompaun RM150
17. Sayu nya hati aku melihatkan kereta yang kena kidnap
18. Balik rumah aku terus rebah di sisi isteri kerana sangat sedih kereta kesayangan aku kena kidnap selain tak harap pun nak dapat kerja dekat SKMM tu macam sia - sia saja pergi interview
19. Itulah saja kisah aku minggu sudah, tak ada mood nak taip panjang - panjang...

Kbai !!