SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

18 Januari 2016

TAK TAU TAJUK APA...



Hi blog,

Aku baru balik dari Bank Islam PJ New Town yang dekat dengan menara MBPJ tu. Berurusan dengan Encik Khairuddin pasal nak buat loan. Aku buat personal loan sebab nak tambah deposit rumah yang bakal aku beli di Meru Klang tak jauh dari Setia Alam, apa ke nama Permai ke apa benda tamannya aku tak ingat tapi nombor rumah ingat. Nak ke situ pun siap khatam Google Map, ikut Jalan Paip paling dekat padahal guna Waze pun sonang. Nak harapkan duit simpanan memang tak banyak la, dah usik sikit untuk deposit dan dah banyak sangat guna masa kawin tahun lepas. Nak kacau saving bini tak sampai hati, tak gamak la aku guna duit dia, rasa macam dayus. Actually, duit simpanan aku selama ni makin menyusut berpunca daripada banyak sebab, selain pergi honeymoon, beli kelengkapan rumah, perbelanjaan tak dijangka, dan sebab lain ialah bagi pinjam kat orang tu. Nasib baik dia bayar balik je tapi ada lagi lah orang lain yang loan aku tak bayar - bayar langsung!! In Sha Allah kalau loan Bank Islam ni lepas, dapat la membantu aku untuk settle kan balance deposit rumah tu, nanti boleh claim EPF jugak kan, lebihan loan Bank Islam seperti yang dicadangkan oleh Encik Khairuddin tadi bolehlah aku simpan sama ada di Tabung Haji atau ASB, mana - mana yang terbaik untuk aku lah. Nanti makan dia punya dividen je. Janji sebelum puasa nanti aku dah boleh masuk rumah baru !!! Elok sangatlah tu, raya tahun ni pun aku keje, melangut la aku sorang - sorang lepas balik keje sambil tengok tv dengan melahap maruku kat rumah baru...

Semalam, secara tiba - tiba sambil layan drama Anakku Diva (layan sebab aku suka tengok si Janna Nick dengan si Ardell bergaduh lepas tu baik balik) aku ambik keputusan untuk aktif berblog seperti dulu - dulu, aku harap setiap hari lah kalau boleh aku update je menatang blog ni dengan harapan aku dapat lepaskan perasaan aku bertubi - tubi dekat sini saja daripada nak bikin onar sama orang lain. Kekadang bini aku sendiri pun jadi mangsa panas baran aku. Sorry lah wife, abang memang banyak minum susu lembu kecik - kecik dulu.. MOOOO... Aku sengaja tukar semula tajuk blog daripada Diari Mat Akrib kepada And The Story Goes Like This... Kerja aku di arkib pun memang tak ada apa nak diceritakan. Sepi jer keja situ adalah, tapi dah nama pun kerja, buat sajalah tak payah banyak bunyi. Bini pun tak ada dekat rumah ni dia ada di kampung, kalau ada pun lunyai je dia aku kerjakan sama ada suruh dia masak ataupun main tak sudah - sudah, benih aku hampeh tak lekat - lekat pun. Penat je pancut bertubi - tubi. Aku kurang power nih... Dah tu kemaruk nak ada anak dah ni, umur aku pun lagi 3 tahun masuk 40. Ya Allah, kurniakanlah aku seorang zuriat, seorang dulu jadi lah. Amin... OK, nanti bini balik sini minggu depan boleh main puas - puas. Dah sebulan kot kegersangan !!! Mohon maaflah di atas penggunaan bahasa aku yang tak bersopan dan caca marbanya sebab aku malas dan tak berapa reti nak guna Bahasa Melayu aras tinggi...
 
Alhamdulillah, sekarang ni aku dah berdamai dengan Sasuke, aku harap aku tak bergaduh dengan dia lagi. Aku dah tak larat dan dah malas nak bergaduh macam budak kecik lepas tu masam muka padahal budak tu bukan orang lain, adik ipar aku sendiri kot. Cuma aku kena berhati - hati dengan tindakan aku sendiri dan aku harap dia pun memahami kedudukan aku sekarang. Sasuke memang tak salah apa - apapun cuma adakalanya kelakuan aku sendiri amat menjengkelkan, tau nak menang saja, tak reti nak bertolak ansur, nak - nak mulut aku pun kemain longkang nak menyumpah seranah. Aku pun tak paham dengan diri aku sendiri. Budak Sasuke tu memang dah jenuh disumpah, kesian jugak dekat dia bila aku fikir - fikir balik. Besar sangat ke salah dia yang aku nak menyumpah seranah sampai babi haram jadah sial semua keluar berapi - api daripada mulut longkang aku. Silap aku sendiri jugak, kadang kala aku nak orang faham aku tapi aku tak faham orang lain. Tapi si Sasuke tu pun ada jugak salah dia, sekarang ni sama - sama salah tapi aku salah banyak la. Aku harap tahun ni aku semakin cool, bermuhasabah diri daripada bergaduh dan berperang mulut dengan si Sasuke...

Tadi baru apply cuti Jumaat depan ni sebab si Ijai nak bertunang dengan orang Aloq Setaq. Awat la masa aku balik tengah bulan baru - baru ni tak dibuat apa - apa, macam sia - sia saja lah cuti aku baru - baru ni dah la balik tengah bulan kot. Ni la kelemahan family aku, memang fail dekat planning. Hancus, bungkus, semua lah. Masa wedding aku pun semua tak well planned, kad kawin aku pun banyak lagi tak habis pun diedarkan sebab nak bagi yang fotostat punya. Bila difikir balik memang menyakitkan hati, entahlah benda dah lepas, balik bila - bila nanti aku nak bakaq jer kad kawen aku yang banyak berbaki tu biaq puaih hati !!!

Ok weekend ni AJL 30 dan aku kena kerja malam tu record live program tu masuk server dan buat dia punya synopsis. Aku tak rasa excited mana pun dan aku memang dah makin kurang follow rancangan hiburan. Tapi tak boleh nak elak sebab aku kerja dekat stesen tv. Fokus hidup aku sekarang pada ibadah, dan dalam masa yang sama nak merealisasikan hajat aku untuk memiliki rumah sendiri serta paling tidak seorang baby untuk tahun 2016. Ok sayang minggu depan awak balik sini kita projek puas - puas ye... uhhhh !!!!

Ok blog, esok - esok aku gosip dengan hang lagi na !!