SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

18 Mei 2017

BABI ITU PIG AKA KHINZIR !!




Aku rasa, aku nak blogging gila - gila babi khinzir pig macam dulu - dulu, aku taip saja apa yang lalu dalam fikiran aku tak kisah la yang baik ke buruk ke separa baik buruk jahanam lingkup tunggang terbalik asal aku dapat lepas dekat blog ni dan tak simpan apa - apa lagi dalam hati... siapa kisah kan !!

1. Puasa dan hari raya
tahun ni aku berpuasa dan bakal menyambut hari raya (kalau panjang umur la kan) dengan anak kecik aku dan isteri, dan kali pertama juga berpuasa dan berhari raya tanpa emak. Please la Azat, #moveon, mak dah ke alam lain dah tak boleh balik - balik dah, sekarang ni aku doakanlah mak banyak - banyak buat amal kebajikan yang pahalanya niatkan untuk arwah...

2. Baju raya
Weekend ni aku nak bawak anak bini & mertua aku pegi ke kompleks PKNS di Shah Alam kalau - kalau dah ada dah jualan pakaian dekat booth - booth dalam tu, bulan puasa nanti aku nak rehat je di rumah sambil buat kuih raya bagai (kalau rajin nak buat la) kalau malas main tunjuk - tunjuk je lah nanti asal ada duit...

3. Cari kerja baru
Aku tengah berusaha nak cari peluang kerja kat tempat baru, masalahnya aku dalam dilema, gaji kat tempat kerja sekarang dah ok, benefit pun ada, kalau dapat kerja tempat lain pun adakah aku akan dapat gaji yang sama atau lebih termasuk benefit yang aku kaut selama ni atau kena mula balik dari bawah? Mungkin aku kena buat bisnes kecik - kecik dulu kot pakat dengan bini, meniaga nasik lemak tepi jalan pun dah ok kan asal masyuk...

4. Kereta baru
Kereta aku sekarang macam dah tak ok, rasa nak je angkat kereta baru, walaupun mampu tapi aku kene banyak kali fikir jugak, mana nak bayar loan rumah lagi, loan kawen lagi, itu ini, kalau tak cukup mau gigit kuku kang tengah bulan kang, tapi daripada angkat kereta baik aku beli emas tiap - tiap bulan hatta seketoi cincin belah rotan pon emas jugak, kannnnnnnn

5. Stalk
Kebelakangan ni aku rajin pulak stalk skandal dulu - dulu, just nak tau dorang hidup ke tak lagi, hahaaaaaaaaaptuihhhh, hutang pun tak habis bayar, lepas tu show off makan nak sedap - sedap jalan sana sini berangan retis, babi la........

6. Bangsat
Aku bengang gila babi dekat jiran sebelah rumah aku yang suka memaku tengah - tengah malam, nak buat apa - apa pun tunggu la siang kau nak mengetuk bagai nak runtuh rumah sekali pun aku takdehal la bodo !!

7. Bangsat version 2
Aku sumpah kucing - kucing yang suka melepas depan pagar rumah aku 18 keturunan tak akan akan la tuan korang, bela pandai tapi berak kencing kucing depan rumah aku, SIAL LA !!

8. PTD
Asel eh posting aku pasal PTD tu orang suka sangat nak buat reference? Boleh tak jangan baca ??

9. Politikus
Aku tak menyokong dan tak akan terlibat dengan mana - mana parti politik, so jangan nak menyemak dekat sini !!!

Ok cukup setakat ni, kalau rajin aku maki hamun lagi kat sini

KBAI !!


Tiada ulasan: