SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

28 Februari 2018

GAGAL LAGI... CUBA LAGI...



OK FINE... Aku gagal lagi !!!

Lewat petang tadi aku dapat email daripadar HR MRT dengan ayat yang mengatakan... aku gagal daaa !!! Its okay, dunia belum berakhir walaupun aku gagal dapat kerja di MRT. Ini kegagalan kedua untuk aku selepas interview kerja yang hampir sama di sebuah IPP di Kulim Kedah. Aku percaya kalau Allah swt kata itu bukan rezeki aku, maka sememangnya bukan rezeki aku, mungkin yang terbaik untuk aku belum sampai lagi, bertabahlah Nazrul Azat... Keje je lah kat Media Prima tu selagi tak kene buang keje, lagipun gaji aku dah OK, dah stabil, nak cari keje lain apa nya lagi, dok lah situ diam diam !! Tapi sekarang ni tengah tunggu satu lagi panggilan ujibakat untuk jawatan penerbit rancangan B41 di RTM selepas aku lulus ujian beberapa bulan lepas, menyusul selepas itu kalau lulus lah ujibakat tu adalah temuduga di SPA Putrajaya, tak lah berharap untuk dapat kerja tu sebabnya pernah pun sampai tahap interview sebelum ni beberapa tahun lalu tapi gagal, but still... semua tu rahsia Allah, Dia sahaja Yang Maha Mengetahui...

Eh eh... secara tiba - tiba aku boleh bukak notepad dan menaip, makin laju dah nih, dah gian sangat dah nih nak update blog, dah berjanji dengan encik blog aku mau isi perut dia dengan sesi membawang aku nih. Sibuk barangkali atau lebih tepat lagi, jari jemariku dah malas nak menaip, nak cakap apa lagi eh, banyak sangat nak cakap nih, sekarang waktu menunjukkan pukul 1038 malam, aku masih di ofis, syif malam minggu ini. Kerja pun dah tak ada apa nak dibuat, menunggukan live program di TV untuk habis then aku termanggu tak tau nak bikin apa selain mengadap media sosial, tak boleh jadi nih, jari aku malam ni rasa semacam je nak menaip... taip je lah apa yang patut...

Semalam ulangtahun kelahiran anak aku Arsyad Zafri yang pertama, dah besar dah anak aku tu kan, malas nk flash back balik kejadian setahun yang lalu, lagipun dah ada entry pasal Acad sebelum ni, tak payah nak throwback sangat lah, tapi kehadiran budak kecik yang aku panggil Acad tu banyak mengubah hidup aku hampir seratus peratus, tak cukup rehat tu mana - mana mak bapak pun akan mengalaminya tapi aku enjoy membesarkan budak kecik kesayangan aku tu walaupun adalah sesekali ternaik piching aku kat dia dan sesekali tu tercubit lah jugak kulit halus mulus Acad sebab geram. Tapi bila lepas aku buat macam tu kat Acad aku menyesal gila tahap nak hempuh kepala ke dinding. 

Semalam sebenarnya Acad ada check up di KKIA Meru, hah nih dia nak cakap pasal KKIA Meru, memandangkan semalam adalah pertama kali pergi ke situ untuk tahun ni selepas agak lama Acad tak ada check up di situ dan KKIA Meru tu pun renovate daru hujung tahun lepas sampai awal tahun ni, maka pukul 7.30 pagi lagi aku, isteri dan Acad dah ada dekat situ. Masuk saja dalam bahagian Ibu dan Anak KKIA Meru tu aku rasa lain macam lah sebabnya kenapa ada warga tua di bahagian tu, tak kan lah orang tua pun mengandung kot, pertanyaan aku itu terjawab dengan sendirinya. Aku tak pastilah sampai bila - bila ke atau sementara sahajakah perkhidmatan pemeriksaan kesihatan untuk warga emas dan OKU berkongsi tempat dengan ibu dan bayi. Rasa nak garu kepala memanjang lah masa aku duduk di bangku KKIA tu tertanya - tanya kenapa jadi mcam ni, sebabnya bahagian Ibu dan Anak jadi sangat padat kot dan tak selesa rasanya bagi ibu yang mengandung atau yang bawak baby untuk check up. Mana yang warga tua dan OKU nak buat pemeriksaan kesihatan, lepas tu ibu mengandung dan bayi lagi nak buat check up jugak, berkongsi tempat pulak tu, tak ke... kene cakap jugak lah ni... ibu mengandung atau bayi akan terjangkit dengan penyakit? Tak ke stress ibu mengandung yang nak buat pemeriksaan tekanan darah? Tak ke warga emas rasa tertekan dan menjejaskan tekanan darah dorang? Aku harap pihak pengurusan KKIA Meru buat keputusan yang betul dengan menempatkan warga emas dan OKU di bahagian Ibu dan bayi.... Jangan kecam eh !!

Settle urusan check up Acad di KKIA Meru, aku tapaukan nasik lemak untuk aku dan isteri makan di rumah, terpaksa makan di rumah kerana aku tertinggal handphone, inilah masalahnya kalau dah tua - tua begini penyakit pelupa pun menjadi - jadi, jangan aku lupa yang aku dah kawin sudahlah kan, ha ha ha aku ketawa (pinjam lagu Hael Husaini jap). Usai makan aku hangkut anak bini aku pergi BSN Meru, aku nak kene buat surat pengesahan akaun BSN, mujurlah tak lama urusannya dan terima kasih sangat - sangat kat pengurusan BSN Meru kerana menyegerakan penyediaan surat pengesahan akaun aku tu, dari situ aku terus ke pejabat Penghulu Kampung Meru untuk aku buat pengesahan dokumen pulak, mujur jugak urusannya sangat pantas, terima kasih kepada staf pejabat Penghulu kerana menyegerakan urusan aku. Seterusnya aku menghala ke Mahkamah Shah Alam untuk aku buat pengesahan dokumen akuan sumpah dengan pesuruhjaya sumpah. Sebenarnya aku menguruskan dokumentasi untuk buat tuntutan bantuan mengurus jenazah arwah ayah aku, sebenarnya baru tau pasal tuntutuan tu, itupun Ozair adik aku yang habaq, kalau tidak memang aku sendiri pun tak tahu menahu pasal tuntutan tu. Sampai saja di Mahkamah Shah Alam, aku main parking je atas bahu jalan di luar mahkamah tu, tak tau mana nak parking sambil memikirkan anak isteri aku yang ikut sekali. Ini satu hal lagi nak bagitau, aku ingatkan Mahkamah Shah Alam tu di kawasan yang landai, rupa - rupanya... Ha ha ha aku ketawa (pinjam lagi lagu Hael Husaini), aku kene panjat banyak anak tangga tak sempat lah nak kira banyak mana anak tangganya menuju puncak ala - ala lagu Akademi Fantasia, lama weh tak panjat tangga tinggi - tinggi dah macam mendaki setinggi lima tingkat bangunan, aku terus ke bahagian pesuruhjaya sumpah, rupanya kat kaunter je pun aku ingatkan kene masuk kamar mahkamah ke apa kan, sampai saja turn aku nak berusan... Hakak yang bernama Freeda tu bagitau yang dia tak boleh nak sahkan dokumen aku sebab dah ada pengesahan daripada Tok Penghulu Meru tu, aku pun hairan la pasaipa pulak kan, akak tu inform la mana boleh dia buat pengesahan akuan bersumpah dalam borang aku tu kalau dah diisi. Aku rasa nak marah pun ada, dah la semput panjat tangga, tapi bukan salah akak tu pun, aku baru ingat balik masa aku pergi ke JPA di Putrajaya semalam staf di bahagian pencen tu bagitau aku cuma boleh perlukan pengesahan daripada pesuruhjaya sumpah saja cop - cop pihak lain hatta gred Jusa sekalipun kene reject. Maka aku pun berlalulah dari situ dengan kehampaan huhuhuu...

Ok buat perenggan barulah, disebabkan stress dan tak buat copy banyak - banyak form tu dan malas nak pergi ke CC dan print yang baru, aku angkut anak bini aku pergi makan dengan Seksyen 6 Shah Alam, kat area kedai makan dengan pasar Seksyen 6 tu je, memang dari zaman belajar kat UiTM lagi sampi la sekarang selalunya kalau datang Shah Alam antara tapau untuk picnic kat tepi tasik atau makan terus kat situ. Dari situ kami bertiga menuju ke Tabung Haji di Anggerik Mall dekat tengah town Shah Alam tu je, sebelum ni pergi situ day after CNY, gila padat dengan manusia sampai aku merungut kat bini aku yang jatuhkan nombor giliran kat dalam tempat letak payung tepi meja kat tepi ATM tu wahh spefific sangat. Tujuan aku ke situ untuk bukakan akaun Tabung Haji untuk Acad selepas berapa lama tertanggguh. Memang elok sangat lah dah kebetulan memang hari tu birthday Acad, so kira nya hadiah untuk Acad lah tu. Urusan pembukaan akaun Acad pun sangat smooth, tapi aku kene activate balik akaun Tabung Haji aku selepas dah deactivate kurang lebih 7 tahun, bengong lah aku nih, dah kerugian dah kat situ tak dapat dividen. Semalam dah pergi pon kat Tabung Haji di Putrajaya nak bukakan akau Acad lah tapi tak boleh berurusan pun sebab tak bawak surat beranak Acad, GRR !!! Acad macam biasalah mana dia dibawa memang akan jadi tumpuan orang. Namapun baby kan sapa tak suka baby nak - nak comel plak macam Acad tu, ikut sapa lagi kalau bukan bapak dia yang keturunan Pakistan ni lah ha ha ha aku ketawa (mesti Hael Husaini stress)...

Dipendekkan cerita, settle urusan di Tabung Haji, aku terus memecut ke Strand Mall di Kota Damansara untuk beli something di Daiso then pergi pulak ke NSK Kota Damansara untuk beli barang dapur. Puas hati jugak lah dapat beli barang dapur dengan harga patut di NSK tu, teringat masa Carefour dan AEON Big yang pernah menghuni bangunan di mana NSK ambik alih sekarang ni, kat situ la aku selalu beli barang sebabnya situ je hypermarket yang senang dapat parking dan tak perlu nak bersesak dengan orang. Walaupun sekarang dah stay di Meru, memang selalu jugak aku turun ke Kota Damasara, entahlah, dah terbiasa...

Nak cakap apa lagi eh, ikutkan banyak nak taip tapi ada lagi setengah jam ke 12 malam, kalau tak malam ni esok lah aku upload entry aku ke blog. Lepas ni tak tau bila lagi nak menaip, ikut sempat lah dan ikut rajin. Macam biasa aku menaip bukan untuk sesiapa, menaip untuk kepuasan diri sendiri sebagai sejarah di masa depan. 

Akhir kalam, aku berharap aku bersemangat tinggi untuk belajar bahasa isyarat sebagai skil baru aku...






Tiada ulasan: