SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

01 Mac 2018

LIZA HANIM MIMPI MASUK AJL 33 !!




Aku tak tengok Malaysia Hari Ini (MHI) yang bersiaran pagi tadi tapi bila di office petang ni baru aku tergerak hati nak tengok, just fast forward sampai la dekat part Liza Hanim menyanyi lagu baru dia yang bertajuk Mimpi. My first impression is... 

WOW !!! 

Lagu macam ni kalau tak masuk carta dan jadi finalis Anugerah Juara Lagu 33 tahun depan memang satu kesilapan besar lah. Seriously, walaupun aku memang zero pasal muzik, lagu baru Liza Hanim ni memang terbaik daripada beliau yang dah lama tak ada lagu baru. Ini pun dah berapa kali aku ulang dengar sambil menaip entri ni. Aku tak download secara haram eh aku dengar dekat MHI. Sedap kot  lagu kau Linda Martopo! Pandai Hafiz Hamidun dan Ahmad Fedtri Yahya buat lagu ye. 


Mimpi - Liza Hanim

Pejamkan mata
Dengarkanlah debaranku
yang tidak berhenti
Apakah ini getaran
Seperti nada cinta berpadu
Bahagia terhampar di langit
Dan bintangnya menari bersama
Fahamilah bahasa cinta
Terindah
Kini saatnya
Ku serahkan hidup ku untuk berkasih
Bersamamu berteman rembulan
Tak terasa malam pun berlalu
Ku tak bisa menutup lagi
Bahagiaku

Mimpi mimpi ku
Yang dulu berwarna
Kini berubah
Jadi hamparan luka
Hanya sebentar
Ku dakap cintamu
Kau pergi
Kau pergi
Takkan kembali

Sumber : Malaysia Hari Ini 01.03.2018

Eh eh tertaip pulak lagi satu entry untuk blog aku hari ni, tak tersengaja pulak nak menaip padahal tak terfikir pun nak taip apa kali ni dah semalam entah apa - apa yang aku taip. Dah alang - alang menaip ni aku nak cakap pasal AJL 32 lah. Beberapa minggu ni aku masih tak boleh move on lah dengan AJL 32, balik balik aku dok layan lagu - lagu dalam program berkenaan nak - nak lagu Aku Cinta, lagu tu sebenarnya yang menjampi orang, bukan lagu Jampi si Hael Husaini cuma rezeki si Sani dan Ezra Kong menang malam tu kan. 

Ok, aku memang ketinggalan keretapi tapi rasanya aku tetap nak cakap pasal AJL 32. Hari berlangsungnya AJL 32 aku kerja syif petang, so tugas aku kene rekod lah program tu, nama pun keje kat archive unit Resource Center Media Prima kan, bermula dengan Red Karpet Pop TV sempena AJL 32, dapat lah aku lihat di offline skrin akan gelagat artis yang melalui red karpet AJL kali ini yang membawakan tema fesyen dan muzik. 


Sumber : Red Karpet Pop TV AJL 32 11.02.2018


Kononnya semalam untuk rehearsal aku plan nak angkut anak bini aku ke Bukit Jalil, kan staf MPB dijemput pergi sana untuk memeriahkan majlis, tapi keadaan Acad yang masih belum setahun pun usianya tak berapa nak mengizinkan lah, buat nya Acad melalak dalam stadium tu mati la nakkk kene BOO !! Tak mau lah membawang...  bla bla bla pukul 9 malam AJL 32 pun bermula...

Dipendekanlah cerita, pada padangan aku, penerbitan AJL 32 kali ini memang yang terbaik dari tahun - tahun sebelumnya, bermula dengan persembahan pembukaan oleh Stacy dan dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad, but before that our supermodels such as Nasha Aziz, Aleeza Kassim dan sorang lagi tu tak tau nama catwalk atas main stage sambil peragakan trofi AJL, superb lah Nasha Aziz !!

Sumber : Anugerah Juara Lagu 32 11.02.2018


Seterusnya penyanyi - penyanyi pun sorang - sorang ambik turn to perform dan persembahan selingan oleh penyanyi veteran Datuk A. Rahman Hassan, Datuk Jeffrydin, Datuk Awie dan Sarah Raisudin menyanyikan lagu era 60-an sampai audience kat bawah stage terkinja - kinja menari, program ended by pengumuman pemenang oleh host, rasa smooth je perjalanan AJL 32 kali ni. Pandai Sherry Al Hadad buat joke sebelum Hael Husaini performed. Aku yang pada mulanya nak balik sebab syif habis pukul 10 malam, akhirnya menonton di office saja sampai habis dan balik naik motor dengan rasa puas hati sambil nyanyi lagu Aku Cinta yang dulunya aku tak layan sangat pun lagu tu tapi sedap pulak dorang duet malam tu kan...

Aku sangkakan lagu Tergantung Sepi nyanyian si Haqiem Rusli yang akan jadi juara, rupanya Jampi yang menang, tak expect pun si Hael akan menang. Tapi memang dah expect pun Aku Cinta akan menang vokal terbaik walaupun Salma dilihat sebagai saingan utama untuk menang vokal terbaik. Rasanya kali ni Dayang Nurfaizah macam simpan kuku kot nak bagi peluang kat orang lain untuk menggenggam trofi vokal terbaik. Tempat kedua yang dimenangi lagu Sejati nyanyian Azmi Caliph Buskers mungkin tak dipertikaikan sangat tapi lagi bagus kalau Faizal Tahir sendiri yang performed. Then, persembahan terbaik dimenangi Altimet, layaklah untuk dia menang sebab sangat happening dan dia pandai gunakan audience yang ada di Stadium Axiata Arena tu untuk shout 'Amboi' ramai - ramai. Untuk Hael Husaini, tahniah aku ucapakan kerana menang juara AJL 32 kali ni. Nampak sangat dia terkejut, tergamam dan menggelabah masa nak naik ke stage. Memang menjadilah jampi kau Hael !!

Sumber : Anugerah Juara Lagu 32 11.02.2018


Cakap pasal Hael Husaini ni, terjebaknya mamat tu dalam kancah industri hiburan ni apabila dia joined Mentor 3 pada tahun 2009, same batch dengan Black. Time tu Hael gelarkan diri dia Sani dan dia formed duo dengan apa ke nama entah mamat sorang lagi tu sebagai Evo atas permintaan Jaclyn Victor. Agaknya Jac serba salah nak reject mana satu sebab pada pandangan dia dua - dua bagus, tapi mamat sorang lagi tu macam refuse nak buat duo. At that time memang si Sani tak lah smart macam sekarang, bila aku tengok balik macam tak percaya je yang aku tengok tu Hael pada tahun 2009 jika nak dibandingkan dengan Hael sekarang di tahun 2018. Well, time changed, everything must change kan... By the way, bila lagu HARAM kau tu nak released Hael ?? Ok, enough about AJL 32, apa yang aku nak sekarang ialah lagu Liza Hanim tu masuk AJL 33 !! 

Ermm... lapar, malam ni makan megi goreng telur mata tapau kat mamak lagi ke Azat ooi...


Tiada ulasan: