SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

02 Mac 2018

MASIH BERFIKIR NAK LETAK TAJUK APA...



Awat yang aku rasa macam nak teriak ni hah??? HUWAAAAAAAAAA

Lagu baru Liza Hanim 'Mimpi' tu sendu sangat, dah tu aku gatai pi layan banyak kali pulak pasaipa tak tau, itu je lagu yang paling latest yang aku suka, layan je lah. Another reason yang menyebabkan aku rasa sebak je sebaik sampai di office tengah hari ni, apabila melihatkan status Ozair di Whatsapp yang mengatakan mak ajar dia tentang hidup tapi mak tak ajar dia untuk hidup tanpa mak. Aku rasa bertakung je air mata aku kat kelopak mata even pada masa masa aku tengah menaip sekarang ni, tangkap lah apa yang Ozair update dekat Whatsapp status tu, dan kat default photo Ozair tu dah bertukar kepada 'I miss my mummy'. Aku rasa hati aku tengah meraung, boleh rasa apa yang Ozair rasa sekarang, nak - nak dia saja yang tinggal bersendirian di rumah peninggalan arwah ayah dan mak sekarang ni. Aduh, luluh lah hati aku tau...

Aku antara lupa atau tak ingat atau buat - buat lupa untuk apply cuti pada 19 Mac ni, mungkin boleh plan untuk balik ke Gurun menziarahi kubur arwah mak pada ulangtahun kematian mak, dah hampir setahun dah mak pergi buat semalam - lamanya, aku kalau boleh nak elak lah daripada bercakap hal sendu nih sebab aku jenis cengeng, tapi bila sebut perkataan mak tu dah boleh buat aku mengalirkan air mata tanpa sedar. Untung lah sapa - sapa yang masih ada mak, walaupun aku ada mak mertua tapi tetap tak sama dengan mak sendiri... Sedih la, tak boleh nak digambarkan perasaan tu, nak - nak masa raya hari tu hanya aku dan Ozair saja yang ada adik beradik yang lain dengan hal masing - masing, aku peluk Ozair dan cakap aku sedih sangat mak dah tak ada, maaf.. aku tengah menangis sekarang, Tuhan saja yang tahu betapa hancurnya hati aku dan tak akan ada penawar untuk mengubatinya. 

Its okay Azat to cry, menangislah sampai kau lega...
.
.
.
.
.
.
.
Mak... I miss you...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hu Hu Hu...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Lap hingus...
.
.
.
.
.
.
.
Ok lega dah !!

Esok lusa offday, aku tak plan lagi nak ke mana. Bosan jugak duduk saja di rumah kan, tengok lah apa yang boleh direncanakan. Banyak event sekitar Klang Valley yang aku boleh pergi, contohnya ada fair dekat Paradigm Mall, and then event di Stadium Malawati Shah Alam, lepas tu ada siri jelajah DFKL di Sunway Putra Mall kot - kot boleh audition jadi hang cangkul pun hang cangkul lah, tapi cadangan asalnya kalau boleh nak ke Tapah nak menziarahi mak mertua aku yang stay dengan adik ipar aku Caer. Wife aku tadi informed that she called her mum and mak mertua aku tu missed Acad so much, serba salah aku jadinya, sebenarnya aku ada some issue dengan mak mertua aku ni, ada lah sedikit salah faham, susah aku nak jelaskan di sini tapi memang salah aku. Tengok lah macam mana, kalau rajin esok ke Tapah lah aku sekeluarga. Kalau malas, dok rumah masak - masak makan - makan tengok tv main dengan anak tidur dan ulang lagi dan lagi dan lagi...  

Aku belum berkesempatan tengok DPS (daily program schedule) next week, sebabnya ada banyak changes untuk channel TV3, TV9 dan NTV7. Mulai 5 Mac ni MHI hanya akan bersiaran dari hari Isnin ke Khamis, waktu masih sama lah 7 pagi sampai 9 pagi, slot Akasia drama pukul 7 tu pun dah dilanjutkan sampai hari Jumaat and then NLKO pulak dah final episode pada Ahad ni, so lepas ni dah tak ada dah NLKO, tak tau apa yang ganti. Tak tau sebab musabab NLKO ditamatkan siaran, ok je aku tengok program tu orang suka je tengok. Dan di NTV7 pun ada banyak new programs. Kejap lagi aku kena tengok jugak DPS untuk aku hadam apa yang berubah, dibuang ditokoktambah ditukar dinaikkan diturunkan diawalkan dilewatkan waktu hari segala bagai. Ini semua adalah rentetan daripada kempen 'CHANGE' oleh pengurusan MPB yang dah bermula hujung tahun lepas lagi. Hopefully dengan major changes on TV programs ni akan membuatkan channels under MPB semakin baik rating nya dan akan menarik banyak airtime untuk advertising, so that boleh generate income for company, bukan macam Buletin Utama tu yang... Entahlah tak mau lah cakap, paham - paham sendiri je lah. 

Sakit bontot la naik moto pegi balik keje, nak drive kereta memang malas, kenapalah aku tak boleh terbang, ermmmm....

Kbai !

1 ulasan:

Hans Hanis berkata...

sayang kan NLKO tu tiba2 dah tamat
padahal rating bagus juga tu