SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

22 November 2019

KITA TUNGGU SIAPA YANG KENA 13 DECEMBER NI !!




Tiba - tiba rasa gatal tangan nak menaip...

Aku tak tahu lah aku ni dalam dilema ke terdesak ke gatal-gatal ke apa benda, ok straight to the point, company aku nak buat retrenchment sebab company dah tak generate income sangat, tak sure lah dah masuk kategori nak bangkrap or nearly ataupun memang dah almost bankrupt, company nak buang nearly half of staff yang ada, tak terkecuali department aku lah. Kononnya nak apply konsep LIFO - Last In First Out. Tapi ada lah 4 kategori yang dorang akan tengok pada each staff sebelum decide untuk pilih mana - mana staff for that retrenchment, & that categories including disipin, kesihatan, skill and umur. Kononnya permanent staff tak akan diusik, nak buang contract staff saja. Tapi latest info yang aku dengar, dorang nak apply that LIFO at each sub-unit dalam unit at all departments, tak kira la dalam sub-unit tu contract ke permanent ke. Apa ke cibai kata nak apply LIFO tapi nak buat macam tu, buang je la contract staff nak kacau permanent staff pasaipa. Dah tu ada department yang bakal tutup terus !! 

Company akan bayar pampasan kepada affected staff berdasarkan gaji terakhir didarabkan dengan tahun perkhidmatan - contohnya gaji 5k kali dengan 15 tahun sama dengan certain amount. Tarikh untuk staff yang terpilih dapat surat yang confirm kan dorang kene retrench adalah pada 13 December 2019 hari Jumaat dan tarikh akhir bekerja adalah pada 12 March 2020. Dalam 2 bulan lebih ini dari December, January, February dan setengah bulan March (sampai 12 March saja) gaji akan tetap dibayar tapi katanya staf yang terlibat akan berada dalam situasi 'Garden Leave' di mana staf tersebut hanya datang ke office macam biasa tapi nama dah tak ada dalam roster, tak pasti ada task ke tak, mungkin duduk lepak sesaja dalam office atau kena buat keje macam biasa jugak sampai la 12 March 2020 iaitu final day bekerja. Sesiapa yang dapat kerja lain dalam tempoh tersebut bolehlah mintak excuse untuk blah lebih awal tapi ada lah kot condition yang kena pi discuss dengan HR. 

Lepas tu kan, andai kata sesiapa tak ambik peluang ni dan ditakdirkan company melingkup next year ke apa, company tak sure lah akan bayar pampasan dekat staff sebagaimana yang company offer sekarang ni. Takutnya staf diberhentikan kerja dengan hanya 3 bulan punya pampasan atau tak ada langsung sepertimana yang dah jadi dekat staff sebuah syarikat akhbar tu. 

So, situasi aku sekarang macam ni. Aku dah lebih berat kepada sukarela nak ambik offer tu, dan aku berharap sangat - sangat la aku dapat surat retrenchment daripada aku secara voluntarily pergi ke HR dan apply untuk berhenti. Cuma sekarang ni ada uncertainty bagi orang yang macam aku ni yang sukarela nak berhenti. Adakah aku akan dibayar sama macam orang yang kena retrench? I hope so...

Sebab musabab aku nak sangat blah dari company aku ni, iyalah, dah lama kerja kan, tak ada peningkatan, stagnant, dah la gaji tak naik - nak dah nak 3 tahun kot, dengan rasa bosan sebab buat benda yang aku dah tak minat, kerja pun macam terpaksa, dengan perangai sesetengah officemate yang TUUTT, dengan faktor - faktor penolak tersebut maka adalah lebih aku aku offer diri aku untuk blah. Mungkin minggu depan baru aku nak mengadap someone dekat HR dan discuss about this thing clearly. Dah sampai masanya aku buat benda baru dalam hidup aku ikut masa aku sendiri daripada terus hidup ikut telunjuk orang lain. Cuma lepas ni hidup aku sekeluarga ada cabarannya sebab dah tak bergaji tetap sebagaimana yang aku dapat selama ni selagi belum dapat kerja lain. Susah senang lepas ni pandai - pandailah aku urus sendiri. 

Pening kepala lah jugak, kekadang sampai susah nak tidur dok fikir benda ni, sapa la yang tak susah hati.  And most important thing, lepas aku berenti keje ni aku nak buat apa? Mesti lah aku dah ada plan kot !!! Gila tak plan, siap buat SWOT analysis dah, hahaaaa !!!!

Aku akan update lagi about this matter soon..

LIFO LAH SANGAT !!



Tiada ulasan: