SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

10 Jun 2021

Cerita Aku Di Ramadan & Syawal 1442 Hijrah

 

Hari ni dah 28 Syawal 1442 Hijrah gaisssss...

Cepat sungguh masa berlalu, dan blog aku ni dah lama ditinggalkan, berhabuk siap pakej bersawang dah, entri terakhir pon pasal raya, dan kali ini aku nak sambung cakap pasal raya tahun 2021 ni lah sambil layan lagu raya dekat Youtube. Tahun ni mood raya tu tak sampai, tak ada rasa nak raya pon ada, lagu raya pon layan tak layan dengar tak dengar tapi bila tang iklan raya yang lepas - lepas di Youtube tu boleh pulak tengok dengan penuh perasaan sampai menangis bagai. Lagu raya ni bila layan pon feel raya tu tak ada dalam hati. Mana tak nya, sebelum puasa pon dah tahu tak boleh nak rentas negeri balik beraya di kampung masing - masing. Dah dua tahun berturut raya berjauhan dan berasingan daripada family masing - masing. Tapi kenapa ya bila dah di luar bulan Syawal pulak baru datang perasaan nak dengar lagu raya. 

Baru keluar story di Facebook tadi setahun yang lalu iaitu pada 10 Jun 2020 sempadan negeri dibuka dan orang ramai dah boleh bergerak ke destinasi masing - masing. Tahun ini tunggu sajalah saat dan ketika sempadan negeri akan dibuka entah bilakah masanya tunggu sajalah, maka bila dah boleh merentas sempadan negeri nanti berbondong - berbondong dan berduyun - duyunlah orang balik kampung seluruh pelosok negara lalu kes covid19 pon naiklah balik dok ulang - ulang sampai abang Jamil mampos ! Memandangkan kes covid19 masih mencanak naik maka jangan lah kita meletakkan sebarang harapan yang tinggi. Raya Haji pon belum tentu lagi boleh rentas negeri. Bertabahlah...

Puasa di bulan Ramadan tahun ni macam tahun sebelumnya jugak, aku berpuasa dalam keadaan sangat berhati - hati demi mengelakkan diri daripada dijangkiti covid19. Aku lah yang ambil pendekatan untuk berhati - hati sebabnya aku yang lebih kerap keluar dari rumah pergi balik kerja dan ke kedai beli barang keperluan. Tiga minggu puasa dapat lagi lah menyinggah ke bazar Ramadan cari apa - apa makanan tapi tak banyak pilihan makanan yang mengikut rasa tekak dan bajet. Balik - balik aku beli kuih bergoreng seperti karipap, donat, roti sosej sampai peniaga tu dah tau dah apa yang aku akan tapau siap bungkuskan air minuman sebagai sedekah dan sesekali ada ekstra kuih. Semoga murah rezeki beliau dan aku pun selalunya tak ambik balik baki duit sebagai sedekah kepada beliau. Selalu jugak aku dapat beli kuih Seri Muka yang menjadi kegemaran anak aku si Acad, dah itu saja kuih yang dia suka makan. Kalau beli kuih karipap Acad akan makan bahagian yang dikelim tu saja dan pastri karipap yang masih rangup, inti karipap memang dia akan tolak ketepi. Apa yang aku perasan dengan bazar Ramadan di Meru ni kurang pulak jualan kuih muih, yang banyak dijual makanan yang jarang ada di hari biasa tapi harga yahudi. 

Bercerita tentang sahur, tak ada apa yang menarik pun. Sekadar bangun sekitar jam 4 ke 430 pagi panaskan nasi dan lauk pauk, hidang lalu makan dalam keadaan mengantuk. Bergantung kepada apa yang dimakan jugak, kalau sedap makanan tu maka bertambahlah makannya. Selalunya makan saja apa - apa makanan yang masih berbaki ketika berbuka puasa. Minum air tu jangan cakaplah, rasanya hampir - hampir dua liter air aku minum masa sahur tapi cepat je haus kalau banyak sangat minum air ni. Wife aku ni rajin sangat bangun sahur pukul 4 pagi, pada aku sangat awal, masa yang sangat afdal pada aku jam 5 pagi lah tapi aku faham makan masa jugak nak buat persiapannya, mana nak panaskan nasi dan lauk pauk, nak panaskan leftover dalam microwave lagi, mana nak layan anak aku yang sesekali tu sama - sama bangun nak memeriahkan majlis. Oleh yang demikian, aku yang selalu ambik alih tugas untuk siapkan semua tu sementara isteri aku terpaksa melayan karenah anak yang kuat mengempeng dengan emaknya. 

Kalau bulan Ramadan tahun 2020 aku kerja dan bercuti berselang hari, contohnya hari ni kerja esok cuti, adakalanya dua hari berkerja dan bercuti sehari dan ada tetap ada jugak off day dua hari yang tak tentu harinya. Tapi di tahun 2021 ini aku dan  officemate aku kerja je macam biasa. Nampak lebih relax kerja dan cuti selang hari tapi bila nak balik semula kepada kebiasannya rasa nak adjust balik tu kemain susah. Dan sudah menjadi kebiasaan aku untuk terus saja bersiap - siap untuk pergi kerja lepas solat Subuh, kalau ambik peluang untuk sambung tidur lepas solat Subuh entah bangun ke tidak, tapi pernah lah buat begitu semasa masih tinggal di Kota Damansara di mana jarak ke office pon dalam 7 minit saja dengan bermotorsikal, kalau berkereta agak makan masa jugak disebabkan jam lagi cari parking lagi. Bila dah tinggal jauh dari office ni mau tak mau kena paksa diri sampai awal ke office, misal kata tayar motor pancit di jalanan ke hujan ke dalam perjalanan ke tempat kerja sempat lah untuk berbuat sesuatu dan sampai on time. Kalau lambat gerak bermakna lambat lah sampai dan itu memang bukan sikap aku sejak daripada mula bekerja lagi. 

Ok, sambung balik pasal bulan Ramadan tahun 2021 ni, yang aku paling perasan tahun ni mem besar aku malas pulak nak buat kuih untuk juadah berbuka puasa, selalunya tak payah mintak, ada je kuih dia buat. Masakan dia sepanjang Ramadan kali ini pun ala kadar saja macam tak beria sangat nak masak dan makan macam - macam. Aku faham sangat perasaan dia, puncanya tahun ni masih tak boleh rentas negeri lagi untuk balik beraya macam tahun sudah. Itu memang di luar bidang kuasa aku lah, aku pun dah lama sangat tak dapat nak balik ke Gurun. Dah dua tahun lah tak balik, perasaan aku jangan cakap lah, nak sangat balik sekejap pon jadi lah nak ziarah kubur mak ayah. 

Bercakap pasal baju raya pulak, aku, isteri dan anak aku pergi cari baju raya pada minggu ketiga Ramadan. Kami keluar awal pagi lah jugak pergi ke Kompleks PKNS di Shah Alam, gigih nak mencari baju raya dah tahun lepas tak beli apa - apa baju raya pon. Seawal 9 pagi dah ada dalam perut kompleks tu padahal booth yang jual baju raya tutup lagi. Apa warna yang kami nak jadikan tema kali ini aku awal - awal lagi dah diserahkan pada mem besar, puncanya nak mencari baju raya bagi kaum hawa ni macam satu misi tahap tertinggi supaya tak sama dengan orang lain dan semestinya paling meletop kebabow untuk digayakan di pagi hari raya. Betui tak orang - orang perempuan semua? 

Akhirnya lepas tawaf entah berapa kali dah dalam kompleks PKNS tu isteri aku berkenan la dengan baju kurung moden kain lace warna baby blue mcam nak turquoise pon ada macam warna aqua kot pon ada aku pun tak tahu sangat warna - warna dalam keluarga blue to green ni . Lepas settle urusan dia makan giliran aku dan anak aku lah pulak cari baru raya. Aku tak ambik masa sangat mencari apa yang aku mahu sebabnya sambil wife aku cari baju dia aku pon sambil tu jugak survey apa yang patut. Maka aku dan anak aku beli sorang sepasang baju melayu teluk belanga warna turquiose sebab warna baby blue memang tak ada dan apa yang aku perasan melalui bijik mata plus cermin mata yang aku pakai ni seolah jualan pakaian di kompleks PKNS tu macam nak menghabiskan stok lama saja, baju - baju raya untuk kaum hawa pon tak lah meletop sangat aku tengok biasa - biasa saja, tak ada fesyen macam sebelum ni peplum lah bagai, mana tak nya tahun lepas mana ada bazar aidil fitri kan. Settle beli baju raya kami balik sebab tengah musim penyakit Covid19 ni tak payah la nak lama - lama berada di khalayak ramai. 

Pergi kepada persiapan raya pulak, pasal kuih atau biskut raya ni termasuklah kerepek ke maruku ke rempeyek kek bahulu bagai 100 peratus dibeli ya, konon plan nak buat paling tidak dua jenis tapi aku malas gila walaupun dan beli bahan - bahannya. Kan dekat hypermarket banyak jual kuih tunjuk - tunjuk tu, tapi kami tak tunjuk la, ambik je yang berkenan dan yang ikut keperluan kemudian letak dalam troli dan bayar. Ambik pengajaran jugak daripada tahun lepas punya cerita, beli kemain banyak biskut raya akhirnya membazir tak makan. Cuma kat kawasan bandar ni susah nak cari kuih atau biskut oramg lama macam putu kacang hijau, kuih bakar, apa - paa kuih lama lah, kalau beli online karang sampainya nanti dah hancur, siapa nak makan biskut dah jadi serbuk? Jenuh menyudu huhuu...

Pasal kemas mengemas rumah untuk raya ni sebenarnya dekat rumah aku pada sebelum puasa sampai la ke petang sebelum raya masih sibuk dengan renovation. Bayangkan lah petang sebelum raya pon tukang rumah masih datang buat kereja dorang, itu pun sampai ke hari ini masih tak siap lagi. Aku dan wife memang dah mood swing lah, janji semuanya siap sebelum raya padahal duit semua dah bayar. Mujur lah raya tahun ni masih tak boleh kunjung mengunjung, kalau tidak memang buat malu saja orang tengok rumah sebra serbi tak siap. Nasib baik luar rumah, kalau dalam rumah pon renovate tak siap mau aku paksa tukang rumah buat kerja dorang kasi siap walaupun pagi raya. Aku memang ada plan nak tukar sofa baru, nak beli itu ini ganti perabot pasang langsir baru sempena raya, nak pasang lampu lip lap lah apa lah tapi semua tu ke laut, konon nak berlawan dengan jiran lah rumah sapa paling meletop dengan lampu lip lap tapi aku malas ! Puncanya renovation dekat rumah aku kan masih tak siap - siap dan entahlah dah berapa ribu ringgit dah aku spend daripada tukar kereta baru, dengan renovation rumah lagi sampai kepada persiapan raya, macam have - have je aku ni kan ! 

Petang sebelum raya tu bahkan pagi lagi aku dah mula sibuk siapkan bahan untuk masak lauk pauk. Macam biasalah aku punya tugas rebus nasi impit, masak rendang daging dengan kuah kacang je, wife aku masak kan pulut kuning, kurma ayam dan kari ayam. Itu pun ada yang kurang, plan asal nak masak sambal udang dengan masak lodeh tapi masing - masing dah kepenatan. Mujur jugak tak jadi buat lemang kukus yang dibungkus dalam daun pisang tu, tak menang tangan nak buat. Ketupat palas frozen yang aku order & pick up dekat area Meru jugak tu dah cukup banyak. Nak makan berdua je pon anak aku bukan nak makan sangat. Pengajaran untuk aku jugak, lain kali siap - siapkan saja bahan masakan beberapa hari lebih awal supaya mudah untuk masak. Malam sebelum raya tu sepatutnya dah settle semua kerja dan relax santai saja dengan anak bini main bunga api. Masa buka puasa hari terakhir Ramadan tu rasa sebaklah jugak, bermonolog dalam hati masih sempatkah lagi aku untuk berjumpa dengan bulan Ramadan pada tahun akan datang? Ya Allah, aku mohon padaMu panjangkanlah lagi hayatku untuk aku bertemu dengan Ramadan pada tahun - tahun mendatang...

Tibalah 1 Syawal, Lepas Subuh aku tidur balik, mengantuk amat sebabnya lepas terjaga dari tengah malam sampai ke pukul 4 pagi kot aku sibuk mengisi biskut raya dalam balang kuih dan sambung mengemas apa yang belum settle. Aku kesiankan wife aku tu dia pun berhempas pulas jugak buat kerja rumah, sebab tu lah aku tolong dia buat apa yang patut. Ingatkan sebelum tidur nak buat tapi dah kepenatan sangat letak asal letak kepala atas bantal terus lena melayani mimpi. Sampai kan aku lupa nak uruskan pasal duit raya yang patut awal - awal lagi aku masukkan dalam sampui duit raya untuk disedekahkan kepada anak aku sendiri dan anak - anak jiran. Satu benda je yang aku tetap takut nak beli ialah lemang, aku masih terbayangkan post siapa entah di Facebook beberapa tahun yang lalu kisah dia beli lemang dan dibawa balik ke rumah lalu dia menemui katak di dalam lemang itu. Sejak daripada itu aku dah serik nak makan lemang. Maaflah kalau sesiapa yang baca cerita aku ni terus muntah hijau. 

Di pagi raya, macam orang lain jugak, makan special sikit, ada pulut kuning, ada nasi impit, ada ketupat palas bersama lauk pauknya seperti rendang daging, kurma ayam, kari ayam, kuah kacang dan rendang daging yang aku buat tu memang satu - satunya lauk yang hanya akan aku masak bila nak raya saja. Hari biasa nak masak rendang memang BIG NO!. Pada aku rendang paling best dinikmati pada hari raya. Padahal selalu je pun wife aku masak rendang versi dia. Lepas makan tu apa lagi, sesi bersalaman dan bermaafan dan sesi fotografi dengan wife dan anak akulah. Lepas tu whatsapp dengan family dan semualah sambil layan apa yang orang update di Facebook dan Instagram dan yang semestinya dibuat ialah sambung makan dan tengok tv dengan rancangan raya yang entah apa - apa entah dan makan dan tidur dan makan... 

Seminggu lepas raya baru datang rajin aku untuk puasa sunat 6 Syawal, itu pon berselang hari. Nak mula puasa balik tu memang satu dugaan yang berat disebabkan ia hanya sunat dan tak wajib macam puasa di bulan ramadan jadinya mindset tu susah nak ubah walaupun fadilat puasa 6 ni sangat bagus. Bila puasa ni aku rasa sihat, rasa ringan je badan, rasa rajin nak beribadah nak - nak dapat didik diri untuk solat on time seperti masa bulan Ramadan dan dapat rehat sekejap daripada makan banyak selepas seminggu beraya, tapi satu je yang aku lemah sikit aku memang lemah dekat nak menahan rasa haus. Mujurlah tak ada open house di mana - mana, kalau tidak memang puasa 6 tu tinggal plan saja...

Setakat ini lah saja cerita Ramadan dan Syawal keluarga aku pada tahun 2021, entah - entah setahun lagi kot baru update entri baru. Aku sedang berkira - kira nak bervlog di Youtube tapi bila memikirkan malas nak edit bagai dan juga berfikir adakah orang nak tengok youtube channel aku makan dengan itu adalah lebih baik aku berblog saja di sini selagi blog masih wujud. 

Bye....................




Tiada ulasan: